Selasa, 25 Disember 2012

ZURIAT YANG DINANTI

Assalamualaikum...
Lama tak update blog. Sebab tak rajin dan sibuk dengan semester di UKM. Entry ni adik aku pernah cadangkan... dia kata buatlah pasal ujian nak dapat anak macam mana. Hari ini baru kelapangan nak men"entry"kan (menjahanamkan bahasa Melayu) cerita disebalik cerita.

Mula-mula elok aku kongsikan sikit cerita sebelum kawin. Aku kenal isteri aku sekarang ni masa tahun 2005, masa terjebak ikut kawan-kawan pergi beraya. Mula-mula memang tak ada apa-apa perasaan, seingat aku masa 2006 pun terjebak juga. Bila pergi rumaah dia, dengan kuasa Allah... tiba-tiba ditiupkan dalam hati aku "DIALAH ISTERI AKU". Macam mana aku contact dia dan berkenalan lagi rapat tak payah cerita la erk... Yang penting, baru aku tahu yang aku dengan isteri aku pernah 1 kelas masa di SAMTSSAAS. Kau mampu 1 kelas tapi tak kenal. hahaha

Tempoh kenal & bertunang, sebelum kawin jumpa pun dalam beberapa belas kali jer, itu pun depan mak bapak dan keluarga. Kira banyak bercinta lepas kawin la konon-kononnya. Tapi memang seronok sebenarnya, sebab banyak cerita boleh kongsi, jadi tak lah bosan (orang kata lama sangat bercinta, dah banyak benda dah cerita, jadi masa dah sah, jadi bosan... sebab tak tau nak cerita apa kan- pendapat masing-masinglah).


14 Zulkaedah 1428 Hijrah / 21 Oktober 2008, Hari Jumaat selepas asar, tarikh aku dah tak bujang. Sebab sah jadi suami kepada ZALEHA BINTI MOHD ALI.



6 BULAN - Selang beberapa bulan, perkara yang orang akan tanya. Macam mana dah ada? (Mengandung). 6 bulan perkahwinan, masih belum ada tanda-tanda isteri aku mengandung. Dalam hati, felling pengantin baru jer. hehehe

12 Bulan - Masih belum ada apa-apa tanda. Jadi aku dan isteri dah rasa macam ada sesuatu kekosongan dalam hidup aku. yeahhh... mestilah nakkan anak sebagai penyeri hidup kami. Mula buat pemeriksaan di klinik. Doktor kata, rahim isteri aku rendah. hmmmmpppphhh... macam mana nak naikkan? - Bawa juga isteri aku berurut kampung.
Selain tu, kami cuba set produk BIODEX. Makan sampai habis dan ikut pantang segala, tapi tak ada hasil. Sekali jer beli... bukan putus asa, tapi rasa macam tak serasi dengan kami kot.

1 Tahun 6 Bulan - Hati mula rasa sebak, bila soalan sama yang diajukan. Aku hanya mampu kata "InsyaAllah, doakanlah". Pergi ke Klinik LPPKN Shah Alam, sebab baca kat maklumat perkhidmatan LPPKN boleh bantu pasangan yang sukar mendapat zuriat. Dipendekkan cerita, siap isi borang dan buat saringan kesihatan, staf nurse tu tanya kerja suami apa? (sebab nak isi dalam borang), aku cakap student (masa tu tengah buat master). Puppppp... terus dia kata, membazir je borang saya ni, Doktor ISMAIL TAMBY akan reject terus kalau pasangan student, alasan dia sebab STRESS. Suka hati kau jer... tadi memang aku tak stress, bila dia cakap macam tu memang aku STRESS dengan semua LPPKN. Staf nurse tu boleh plak bagi contoh diri dia. "Saya pun sama dulu, lepas 2 tahun baru ada anak, suami saya habis master, terus saya mengandung"... Jadi???? semua pasangan sama ke dengan masalah kau. Sejak tu memang  aku SAY NO dengan LPPKN sebab menjengkelkan dan perkhidmatan yang sangat lembap.

2 Tahun - Hati dan perasaan kami hanya Allah sahaja yang tahu. Soalan sama diaju, dan kadang-kadang ada ayat-ayat sindiran. Hmmmphhh mungkin yang sindir-sindir tu tahu kerja Tuhan kot... jauh-jauh sana orang-orang yang negatif, kami tak perlukan "miang lalang" korang. hahahaa... Usaha dan ikhtiar sampingan perlu diteruskan, aku rasa dah lebih 5 tempat urut kampung kami pergi, manalah tahu rasikan. Ada juga makan supliment yang dinyatakan boleh membantu, tapi masih belum berhasil. Doa masih diteruskan.

Pertengahan tahun 2011, aku dan isteri kena demam misteri, aku paling teruk kena, badan sangat panas, naik bintik-bintik merah... bila malam jer, tak boleh tidur, mulut berbuih-buih air liur, merah di kaki macam kena pasong. Isteri aku dikejarkan ke Kecemasan Hospital Kajang sebab tiba-tiba susah bernafas, tanpa sebab. Isteri aku ambil cuti 1 minggu, kami dok kat kampung, sementara menjalankan perubatan Islam dan "membersihkan" rumah di Cheras (Wak tu kata, ada orang hantar benda tak elok kat kami - Dengki). Hanya Allah yang tahu.

June 2011- Aku kenal seorang sahabat (WMWM), pertemuan pertama, banyak cerita pasal latar kehidupan masing-masing... Kisah dia lebih kurang sama macam aku, 1 tahun kawin masih belum dikurniakan zuriat. Masing-masing seolah-olah meluahkan perasaan dalam keadaan konon-konon hati umpama kelikir, padahal dalam lembut macam krim... hehehe - Aku ada terbaca, cuba kita doakan orang lain dalam doa kita, InsyaAllah Allah akan makbulkan doa kita, sebab dalam doa kita ada juga hak orang lain, jadi aku doakan juga sahabat aku ini untuk dapat zuriat (^^,).

Aidilfitri 2011, adalah antara pagi syawal yang paling sebak, sebab Aidilfitri ke-3 kami hidup sebagai suami isteri tetapi masih tidak dikurniakan zuriat. Aku tahu, mak aku adalah orang yang selalu bagi semagant dan doa, dan dia jugalah orang yang paling sebak pagi syawal tu. Kami hanya mampu cakap "Mak doakanlah yer, InsyaAllah". Aidilfitri 2011, kami memang tak pergi beraya mana-mana, cuma pergi rumah bapa, wak dan embah jer. Pagi 3 Syawal dah balik ke Cheras, konon-konon bawa hati, hehehe

September 2011, Ikhtiar di teruskan. Kami buat pemeriksaan kesihatan di Klinik Dr. Jameaton, Taman Equine, Seri Kembangan. Masa scan rahim isteri aku, dia kata kedudukan RAHIM TERBALIK. Apa pula ni? bila Dr. terangkan hati mula bertambah sebak. sebab kehamilan mungkin sukar. Ujian menyentap perasaan datang lagi. Kami lebih tenang sebab dah 2 1/2 tahun, macam-macam dah kami lalui. Dr. bagi ubat sekiranya lambat haid. Temujanji berikut dibuat semula pada 12 Oktober 2011.

12 Oktober 2011. Petang dalam keadaan perasaan yang bercampur baur, sebab isteri aku nampak macam tak sihat sebenarnya. Sebab penat dengan aktiviti hari kantin sekolah bagai, perasaan lagi... Haid tak datang lagi... Dr. suruh buat ujian air kencing, lepas je Dr. keluar dari lab dia, dia kata TAHNIAH, isteri encik mengandung. Aku dan isteri saling pandang satu sama lain. Senyuman lebar dan rasa nak menangis pun ada masa tu. Dr. sah kan sekali lagi, dengan scan rahim isteri aku. Alhamdulillah dah 8 minggu.
14 Oktober 2011 - Ulang tahun kelahiran aku... memang aku sangat bersyukur.

9 Bulan Kehamilan. Memang saat-saat yang sangat terindah. Menanti kelahiran dengan penuh rasa bersyukur. Ujian-ujian aneh pun ada datang juga, tak apalah... kami hadapi dengan tenang. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

16 Rejab 1433 Hijrah / 6 Jun 2012 - Pukul 3.33 petang, isteri aku selamat melahirkan puteri sulung kami, dengan berat 3.47kg. 24jam sebelum kelahiran ujian aneh datang lagi menganggu proses kelahiran. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan proses kelahiran tersebut.
Puteri sulung kami diberi nama NUR HANNAN THAQIFAH BINTI MOHD FAIRUS. (^^,)

Nur Hannan Thaqifah baru dilahirkan

Nur Hannan Thaqifah lahir diusia perkahwinan kami 3 1/2 tahun.

Alhamdulillah anak kami sudah 6 1/2 bulan sekarang.

                                                                    Memek muka Hannan

Antara petua yang dikongsi oleh mak aku (petua masyarakat Jawa):
1) Suruh isteri pakai kain batin, mana-mana saudara yang terdekat yang sedang mengandung. Biar berjangkit katanya, sambil tu doa dan usaha juga tau. hehehe

2) Ni pantang larang yang kami tulis dalam bilik (tulis jer, tapi kadang baham juga) hehehe

Elakkan katanya (^^,)

3) Doakan orang lain dalam doa kita, sedekah dalam berdoa, semoga Allah memperkenankan, InsyaAllah. I Love U -143 (^^,)