Khamis, 26 Julai 2012

Pil Bikin Gemuk

PIL BIKIN GEMUK

Cerita pasal berat badan, dulu masa zaman sekolah aku tersangatlah kurus, dengan ketinggian 175cm, tapi berat badan hanya lingkungan 45kg sahaja. Seluar pun pakai saiz 28 je. Boleh bayangkan tak betapa kurusnya masa tu, dah macam papan lapis je rasanya... hahahaha

Macam-macam kena kutuk laaa, ejek laaa... kurus keding, rangka, paling tak boleh aku terima bangau... tapi lantaklah nak cakap apa pun... ada aku kesah... kurus keding pun ramai juga girls kat sekolah minat kat kau (perasan kejap... tapi memang realiti laaa) hahahahahahaa

Pelik gak... makan masa dulu, memang banyak, tapi badan tak naik-naik juga... ada orang kata syaitan dalam badan aku yang tolong makan... fuhhhh dengar je lah teori diorang ni. Masa tingkatan 5, ada juga usaha untuk naikkan berat badan, apa lagi, produk pertama yang kau cuba untuk naikkan berat badan adalah WEIGHT GAIN APPETON.
Bagi mereka yang tak kenal rupa Weigh Gain

Habis banyak duit gak untuk komitmen telan susu Weight Gain ni... tapi result sama jer... bertambah kurus duit poket adalah... hahahaha... lepas dari tu tak cuba dah...
Tapi niat dan cita-cita untuk menaikkan berat badan masih tak luntur... kali ini aku cuba benda yang agak pelik, kalau nak gelak silakan... aku telan PIL BIKIN GEMUK .... ni jamu dari Indonesia punya...

Ni lah rupa PIL BIKIN GEMUK... menarik bukan? hahahaa

Bukan kapsul yang cantik-cantik bagai tu, tapi bentuknya macam jamu... biji-biji, sehari kena telan dekat 20 biji juga... tapi tak rasa apa-apa pun masa makan. Berharap makan pil ni dapat bantu naikkan berat badan. tetapi sekali lagi kecewa... besat masih maintain ramping githuwwww... hahahahahaha

Tahun 2003 seingat aku sebelum masuk Degree, berat badan baru 48kg. Masa tu dah malas nak fikir pasal makanan bantuan untuk menaikkan berat badan... Bila dah masuk study, kenal kawan-kawan baru, ada juga yang kata aku terlalu kurus... uhhhhhhh sentap lagi, mula terfikir nak ambil pemakanan lain. Ada juga kau cuba lain-lain produk, tapi masih gagal... Makan memang tak ingat lah... masih makan banyak juga kan... berat tetap maintain... seingat aku tamat je pengajian degree selama 4 tahun. Berat dah naik ke 54kg - tahun 2007... nak kau... baru naik 6kg jer... tapi tak nampak pun sebab aku tinggi. Pasrah jer... (^^,)

Bila dah mula kerja dan ada duit sendiri, dah boleh makan ikut suka hati... secara jujurnya aku baru kenal dan pandai makan Fast Food... KFC, McD, Pizza Hut etc... sebelum ni nak order pun tak tau... hahahaaaa
Memikirkan aku nak kawin tahun depannya - tahun 2008, takkan nak nampak keding juga... aku mula tibai makan banyak-banyak dengan harap berat lagi bertambah... Nak jadikan cerita, adik aku kenalkan satu produk dari OMBAK BESAR iaitu GAINEIGHT... Harga mampu milik ni... habis 1 bekas aku telan, selang satu bulan, aku rasa berat bertambah... yehaaaaaaaaaaaaaaa seronok masa tu, sebelum kawin berat badan aku dah 64kg... kira nice laaa ni nak pakai baju pengantin katanya... hahahahahahaa


Rasa Asli macam rasa telur... nak sedap sikit rasa Coklat

Bila dah jadi suami orang, orang kata hati dah senang, memang senang hati... makan isteri masak, sedap tak sedap kena telan juga... heheheheee setahun perkahwinan aku rasa seluar yang dulu semua dah tak muat... nak kau... berat dah hampir 75kg kau... balik kampung, saudara tegur kata dah GEMUK... jumpa kawan-kawan lama pun kata ku dah GEMUK... hahahahaaaa dulu masa aku kurus kata aku KURUSnyaaaaaaaaaaa.... bila dah berisi kata aku GEMUKnyaaaaaaaaaa.... memang tak habis-habiskan... hahahahahaaaa tak apa yang penting aku happy dan enjoy life. (^^,)

Aku fikir berat cukuplah sampai 75kg, just nice dan ideal dengan tinggi aku yang 175cm kan... kira cemerlanglah dah masa tu... rupa-rupanya berat tak nak maintain... dia nak naik pula... uhhhh kau dah cecah 80kg dah sekarang... kadang-kadang lebih. Kadang-kadang feeling-feeling control makan, supaya berat tak naik... mimpi jer... malam lapar start kereta gi makan kat kedai (kalau isteri aku dah tidur laaaa) hahahahahaha

Baru-baru ni feeling nak pakai suit untuk majlis yang agak istimewa dalam hidup aku tahun ni... iaitu untuk Konvokesyen Master dan Dinner... Suit masih muat tapi agak sesak... sesak kat satu part jer... Ada benda TERSEMBUL yang menampakkan jadi tak smart... OH MY PERUT!!!!!! sekarang pakai seluar saiz 36 kau..... hahahahahahaaa hazabbb gak laaaa... mula terfikir nak kuruskan bahagia PERUT jer okeyh... Nak cari pemakanan yang sesuai... tapi takut berat turun tapi yang tersembul ni tak susut-susut...

Maka dengan yakinnya aku cuba contact pengedar PB - Premium Beautiful, sebab itu jer produk yang aku talu boleh rampingkan pinggang tanpa pemakanan. hahahahahaaaa... harga dia agak mencengkam poket juga... Tadaaaa ni lah rupa korset PB tuuu... kau mampu pakai perempuan punya... hahahahaa
Tak dapat bayangkan kalau aku pakai full set ni... hahahahaaa

Manusia yang memang bila kurang nak lebih, bila lebih nak kurang pula... hahahaaaa OH MY PERUT!!! Nyah kau dari tersembul... selamat berjuang untuk mengurangkan ukur lilit perut ku ini.... lalalalalalaaaa


Ta'aruf

Assalamualaikum... (^^,)

Baru belajar buat blog... rasa macam ketinggalan, tetapi saya pasti saya bukan orang terakhir mengenal erti dan aplikasi blog ni... hahahaaaa

Lebih molek saya mulakan dengan sesi ta'aruf...

Alhamdulillah nama didaftarkan MOHD FAIRUS BIN AHMAD FUZI

Nama panggilan... macam-macam... tapi biasa panggil FAIRUS.

Umur tahun ni dah masuk 29 tahun. Sudah berstatus Suami dan Walid kepada seorang anak perempuan.

Sekarang ni tinggal di Cheras, Jalan Hulu Langat, Selangor.

Kerja??? sekarang ni tak kerja lagi, sebab tengah belajar lagi, Alhamdulillah di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di UKM, Bangi.

Setakat ini sahajalah sesi ta'aruf ringkas...

Kemudian boleh kongsi entry yang difikirkan bersesuaian. InsyaAllah.