Rabu, 29 Ogos 2012

PENDAPAT PERLU DIRAIKAN

PENDAPAT PERLU DIRAIKAN

Kesian kepada mak bapa aku, susah hati dibuatnya, bila ada macam-macam pendapat dan pandangan yang orang cakap pasal aku.

Pasal apa?

Pasal aku belajar di peringkat PhD ni laaa... yer laaa... kan hari raya, jadi sedara-mara mesti tanya anak-anak kerja apa? tinggal dimana?... semua nak kena update kaedahnya. Jadi bila mereka tanya pasal aku, mak bapa aku pun jawablah - Tengah belajar lagi. Belajar lagi? bukan dah habis ke? PhD sekarang.

Antara ulasan dan pandangan yang diterima :

1) Alhamdulillah, Tahniah... susah tu PhD.
2) Wahhh... nanti kerja gaji mesti banyak - RM7,000 - RM8,000 sebulan.

3) Buang masa jer ambil PhD ni... kalau kat UiTM kena ejek jer... sebab Master pun boleh jadi lecturer.
4) Mahal yuran PhD ni... dekat RM100,000.00.

Tak kurang juga, ada yang tiba-tiba HIGH-HIGH anak masing-masing, kaedahnya tak nak kalah. Mak bapa ku plak jenis, kalau orang tak tanya, dia tak nak cakap. (^^,)

Pening mak bapa aku, jenuh juga nak kena terangkan satu-persatu kat mak bapa aku, bagi diorang tak salah faham... Mak aku orang paling risau sekali, risau pasal yuran yang mahal katanya. (^^,) hehehee

Aku senyum jer. Mak Bapa tak payah risau sangat yer, Doakan jer abang berjaya - InsyaAllah.

Penyelia penyelidikan PhD saya (^^,)


"NILAI DAN MARTABAT ILMU ITU LEBIH MAHAL DARI NILAI RINGGIT"

Selasa, 14 Ogos 2012

LAIN EMAK LAIN BAPA

Entry ni untuk meluahkan sedikit cerita semasa yang aku alami sekarang ini.

Aku anak ke-2 dari 4 adik-beradik, dan aku adalah anak LELAKI tunggal dalam keluarga aku. Kadang-kadang rasa jealous juga bila tengok orang lain ada adik-beradik lelaki lain (biasalah sifat manusia yang lemah ini kan). Tapi apa-apa pun aku rasa bersyukur sangat dengan kehidupan keluarga aku, semua yang tertulis ada hikmahnya. InsyaAllah.

Orang kata aku ni pendiam... hmmmpphhhh... memang aku jadi pendiam bila aku berada dalam sesuatu keadaan yang aku fikir tak perlu nak keluarkan suara. Bagi aku cakap bila perlu je kot... Jadi aku perasan dari situ aku tak ada kawan yang betul-betul rapat dengan aku. Dan memang aku selalu hidup seorang, dari sekolah Form 6, Degree, Master dan sekarang PhD pun aku seorang jer.

Berbalik kepada perkara di perenggan pertama, ada 2 orang sahabat aku yang aku anggap macam adik aku sendiri je, pertama adalah Eijam... Nama sebenarnya HAMIZAN BIN SUHAILI, umur sekarang 22 tahun. Aku kenal dia pada September 2010. Dia berasal dan sekarang tinggal di Sarawak. Aku kenal dia masa makan di Restoran Wan Mad. Masa tu dia belajar di Masterskill tahun akhir, aku kenal dia lepas aku berhenti kerja dari Masterskill. Masa aku kerja kat Masterskill Eijam tengah buat Clinical Posting di Sarawak. Jadi tak sempat kenal masa tu.

Diploma in Medical Lab Technology

Aku mula selesa kawan dengan dia, kalau tengok perangai dia kadang menjengkelkan, degil pun ada. Hahahahaaa (^^,) tapi boleh ajar bincang juga. Kadang-kadang ada perangai manja-manja dia tu yang tak boleh blaaa tu...  Selalu juga aku lepak-lepak minum, pergi keluar sama kalau ada masa.

April 2011, dia habis belajar program Diploma dia, habis je belajar terus balik Sarawak... uhhhh... dah pujuk banyak kali juga suruh kerja kat Semenanjung, tapi mak ayah dia tak bagi. (^^,). Aku cadangkan untuk dia ambil Degree, tapi tahulah perangai dia ni, Diploma pun main-main... masa exam bukan rajin study pun... bila waktu exam, 30 minit dah sms aku suruh ambil kat kolej... hahahahaa geram jer aku dengan dia ni.


Kali terakhir aku jumpa dia pada Aidilfitri 2011, dia datang Semenanjung untuk uruskan hal kolej dia. Sekarang hanya sms, call & chat di FB jer... (^^,). Alhamdulillah sekarang dia dah kerja di TM Kuching, setelah agak lama menganggur dan bertukar-tukar kerja.

Seorang lagi juga student Masterskill, Bak dengan nama sebenar MOHAMMAD AKBAR BIN MOHD JAMALUDIN berasal dari Kluang, Johor, umur sekarang 21 tahun, Diploma In Paramedic Science (Pre-Hospital Care). Aku kenal dia masa aku kerja di Masterskill lagi. Seingat aku, aku tegur dia di FB je mula-mula masa tu. Lepas tu jumpa sebab ada program kolej sebagai Commite. Dan dari situ selalu contact kalau ada apa-apa hal. Selalu dia ni order barang-barang kat STAD jer... hahahaaa Kira dia ni ringan tulang juga untuk join aktiviti dan program kolej, tetapi dengan syarat minimun kena ada MAKAN PERCUMA.


Banyak benda mengarut aku explore dengan dia ni... kerja merayap je mana-mana tempat yang menarik dan pelik-pelik kat Lembah Klang ni. Dia ni minat nak jadi photographer, aku sokong jer laaa, sebab aku tahu perjalanan dia masa mula-mula jinak dengan tangkap-tangkap, edit-edit, post-post gambar ni. (^^,)


Program paling besar dia pernah join ~ Kelab Putera 1 Malaysia Humanitarian Mission To Somalia Ramadhan Al-Mubarak 2011. Program yang mendapat liputan seluruh dunia kerana kes wartawan Malaysia terbunuh tu.

Julai 2012, Bak pula habis pengajian diplomanya. Nasib dia sangat baik berbanding produk lain dari Masterskill, belum habis final exam dah dapat interview dan belum keluar final result dah dapat kerja. Aku cadangkan dia ambil Degree, Alhamdulillah dia pun berminat, InsyaAllah awal 2013 dia akan mula Degreenya (^^,).

Eijam dan Bak pun dah pernah ikut balik kampung aku... masa Majlis Perkahwinan Masturah - April 2011.

Gambar makan malam di kampung aku... (^^,)

Lupa nak beritahu, budak berdua ni bersaiz XXL yer... hahahaaa... aku tak kisah pun pasal hal tu, yang penting diorang ni boleh masuk kepala dengan aku, kira aku anggap diorang ni macam adik aku jer... (^^,)

Aku sangat berharap dan berdoa agar diorang ni berjaya Dunia & Akhirat... InsyaAllah



Selasa, 7 Ogos 2012

BERKORBAN DEMI ILMU

Entry ini nak berkongsi sedikit SEJARAH PENDIDIKAN aku yang tak seberapa ini.

Aku dilahirkan dalam keluarga kampung yang agak terletak di pedalaman daerah Sabak Bernam, Bapa aku seorang pekebun kecil kelapa sawit, mak pula bekerja sebagai guru di SRA - JAIS dengan title Ustazah. Kehidupan keluarga aku bersederhana sahaja. Banyak perkara dalam hidup di kampung yang menjadi Motivasi untuk aku mengubah diri aku dari budak kampung untuk menjadi seorang yang "something deference".

Pendidikan awal aku bermula
1988 - 1989 : TABIKA Belia 2 - Sebelah Balai raya kampung aku jer... Mula kenal huruf, mengeja, membaca, menulis, melukis dan lain-lain.
1990 - 1995 : Pendidikan Kebangsaan - Darjah 1 - 6 di SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI JAYA. Jarak dari rumah dengan sekolah kira-kira 8 kilometer... pagi-pagi kena lalu jalan yang gelap gelita dan sunyi, kiri kanan masa tu belukar lagi...
1990 - 1995 : Pendidikan Agama di SEKOLAH AGAMA RENDAH  BINJAI JAYA (Nama lamanya Binjai Patah). Sekolah tempat mak aku mengajar... jadi orang kenal aku as anak Ustazah Zubaidah...
Tahun 1995 ada dua peperiksaan besar iaitu UPSR & SPRA, aku ni bukan budak target pun, biasa-biasa jer...  keputusan Alhamdulillah sangat memuaskan, kira tak bazirlah sekolah selama 6 tahunkan.. hehehe

ALAM MENENGAH
1996 - 1998 : Menengah Rendah di  SEKOLAH AGAMA  MENENGAH BAGAN TERAP. Jarak dari rumah kira-kira 18 kilometer - ulang alik dari rumah (Sekolah ni aku yang pilih sendiri, walaupun ada orang tanya, kenapa tak minta sekolah lain?)... Bagi aku sama jer... yang penting sekolah tu aliran agama. Bila dah masuk sekolah menengah, minda pun dah mula terbuka, banyak benda baik dan buruk aku belajar. Aku mula belajar erti persaingan dalam AKADEMIK. Setiap kali exam aku mesti berada dalam 5 terbaik keseluruhan, dan paling kurang ada 1 mata pelajaran terbaik. Nak dapat no.1 tu memang mimpilah, sebab classmate aku tu sangat Pandai dan Bijak. Aku sangat respek dengan kecemerlangan dia. Tahun 1998 ambil PMR, Alhamdulillah dapat keputusan yang agak memuaskan, untuk rekod aku No.2 terbaik PMR 1998 sekolah tu.


1999 - 2000 : Menengah Atas di SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH. Aku pindah sini sebab dapat tawaran aliran sains. Sekolah ini agak gah bagi aku masa tu. Mula masuk sekolah ini jer, seingat aku, masa cuti bulan Februari 1999 (Form 4), kat kampung aku kemalangan jalan raya, teruk tak teruk juga lah... dekat 1 bulan tak pergi sekolah dan selalu tak datang sekolah. Memang tekanan juga, sebab aku ketinggalan banyak pelajaran. Fokus aku untuk belajar pun agak down dah masa tu... apa lagi nak belajar benda susah. Rekod buruk akademik aku mula terlakar, sentiasa dapat tempat tercorot dalam kelas. Berderet subjek gagal... hmmmmppphhhh... serius aku sebenarnya sangat tertekan masa tu...

1999 - SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) Peperiksaan semua subjek dalam Bahasa Arab. Walaupun dalam keadaan tertekan dan kadang diperli serta dapat ejekan kerana pencapaian aku yang agak teruk, aku tabahkan hati juga. Alhamdulillah keputusan SMA Lulus. Seingat aku masa tu ada 27 orang gagal. Masa aku ambil result SMA tu, aku pun tak sangka aku lulus bukan sekadar cukup makan jer... Tapi aku sedikit rasa terkilan sebab masa aku ambil result tu. Ustazah yang bagi keputusan tu boleh cakap "Ehhh awak boleh lulus?". Gembira dan sedih dalam hati ALLAH sahaja yang tahu... Ustazah ni mesti target aku gagal.

2000 - SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Terus terang dalam hati dan perasaan aku memang tak mengharapkan apa-apa dari SPM ni, cuba yang terbaik jer... Masa prep selalu kena kutuk, perli sebab ada classmate aku ni yang entah ada busuk hati apa ntah... tau lah aku selalu dapat corot dalam kelas, tapi tak perlulah nak ejek-ejek aku. SPM ambil 11 subjek - SAINS TULEN + AGAMA. Masa jawab SPM aku memang agak tertekan dan tak mengharapkan something dari result aku. Masa jawab exam tu, aku harap dapat sambung Form 6 jer.
Keluar result SPM, aku pergi tanpa apa-apa harapan. Alhamdulillah semua subjek SAINS TULEN aku lulus. Aku sendiri pun terkejut, sebab masa tengok senarai tampal keseluruhan ada ramai yang gagal subjek SAINS TULEN ni. Aku tak minta mana-mana Program Diploma atau Matrikusasi pun lepas SPM tu... borang dah beli, tapi aku tak hantar pun.

2001 -2002 : FORM 6 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ. Aku buat permohonan di PPD dan Pejabat Pelajaran Negeri untuk masuk sekolah Kementerian, sebelum ni Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Aku pilih aliran kemanusiaan, walaupun ada pilihan aliran sains, aku tak nak mengulangi kesilapan lalu (^^,). Siap aku diberi pilihan untuk sekolah mana lagi, jadi aku pilik SMKUA. Masa mula daftar di sekolah, Cikgu tu plak tanya... awak nak kelas mana? nak ambil subjek apa? aku jawab, bagi kelas paling hujung sekali... hahahahaaaa lagi pelik cikgu tu... kenapa tak nak ambil kelas depan?... tak apalah cikgu (^^,)

Misi dan matlamat aku ambil SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA ini adalah untuk menebus balik kegagalan aku masa SPM dan mengejar cita-cita aku untuk ke MENARA GADING.
Subjek wajib ambil STPM adalah 4 Subjek, tapi boleh ambil 1 lagi subjek. Bila dah sampai tahap form 6 ni, pemikiran dan keputusan pun lebih matang, jadi aku pilih subjek yang kebolehpasaran untuk dikira dalam syarat permohonan Degree nanti. Maka aku pilih Geografi. Subjek ni aku belajar sendiri jer... kadang ada juga tuisyen berbayar dengan cikgu sekolah ni. Geografi ini ditawarkan di kelas no 2 aku ingat.
Alhamdulillah, keluar result STPM, aku dapat 5 Principal... Memang aku target 5P pun... yeahhhhh... ada 2 orang je rasanya sekolah tu dapat 5P termasuk aku... heheheeee senyum lebar masa tu.
Cikgu yang ajar Geografi terkejut, jumpa aku dan kata Tahniah, tak masuk kelas saya pun awak lulus, budak lain belajar 2 tahun pun gagal. (^^,)

2003 : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, Skudai Johor.
Alhamdulillah aku dapat tawaran peringkat Ijazah bawah aliran Sains Ikhtisas. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (PENGURUSAN HARTA TANAH). Walaupun bukan pilihan utama aku untuk buat kursus ini, aku kira mungkin ada hikmahnya aku dapat kursus ni... Sebenarnya aku lebih cenderung kepada bidang Sains Sosial. Masa mula study dulu, aku mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan kursus yang aku tak berapa minat ni... Alhamdulillah, walaupun tak dapat cemerlang, aku dapat menghabiskan pengajian aku selama 4 tahun di UTM ni... Walaupun tak minat, tapi aku belajar sesuatu yang lebih bermakna, iaitu NILAI ILMU.
Tahun 2007, tamat belajar dan Konvokesyen Pertama aku, serius aku memang menangis masa kat Istiadat Konvokesyen tu, sebab aku sendiri tak percaya aku boleh cipta satu kejayaan hingga tahap ini. Alhamdulillah syukur sangat.


2007 - 2009 : Kerja

2009 : UNIVERSITI MALAYA, Kuala Lumpur - IJAZAH SARJANA PENGAJIAN MELAYU.
Mungkin agak pelik, dari pemegang Ijazah Sains pergi ke Pengajian Melayu. Permohonan ini bersyarat kena ada pengalaman kerja 2 tahun baru dapat tukar bidang. Dapat juga aku belajar dibidang Sains Sosial. Peringkat Master ini agak santai sikit, tapi kadang-kadang ada juga tekanan. Alhamdulliah dapat sempurnakan Ijazah Sarjana dengan jayanya.



2012 : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, Bangi - IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)


Alhamdulillah sekarang aku masih bergelar pelajar diperingkat yang aku pun tak jangka aku mampu untuk berada di sini... Yeahhhhhh PhD sekarang. Aku buat di INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA) di bawah bidang kajian ISLAM DAN SAINS SOSIAL.

InsyaAllah, aku sedaya upaya untuk menyempurnakan penyelidikan dan melengkapkan PhD aku paling awal tahun 2015 akan datang.

"SEMOGA SAYA ISTIQOMAH DALAM DUNIA KECINTAAN TERHADAP NILAI ILMU INI".

Dari anak kampung ke medan ilmu, dari minda kebanyakan ke minda ilmuwan - InsyaAllah