Sabtu, 18 Mei 2013

Pesta Buku dan Koleksi Buku

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog, masa buka dah berabuk dan bersawang pula rasanya. Alasan kononnya sibuk. Maklumlah konon-konon sibuk dengan membaca dan menulis (alasan sangat). Alhamdulillah bulan april 2013 lepas selamat membentangkan PROPOSAL penuh untuk penyelidikan Doktor Falsafah (PhD) saya (ini pun bukan alasan untuk tak update blogkan)... hahaha

Merujuk kepada tajuk entry kali ini "Pesta Buku dan Koleksi Buku". Buku, jurnal, makalah, laporan, tesis dan apa-apa bahan bercetak dan elektronik dan jadi makanan harian, sebab itu jer laaa kerjanya kan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, antara program wajib yang kena pergi sebab nak cari bahan bacaan samada berkaitan dengan penyelidikan atau untuk koleksi bacaan lain.

PBAKL2013 kali ini aku pergi 3 kali. fuhhhh... dah macam aku pula sebagai pemamer dalam PWTC tu. Aku pergi 3 kali sebab nak puaskan hati aku nak belek buku-buku kat situ.... kadang tak beli pun, dah macam pergi perpustakaan pula rasanya. hahaha Setiap kali pergi memang bawa balik buku. Sebagai calon PhD memang kena baca buku-buku ilmiah dan berat. Nak ulas sikit koleksi buku yang dibeli di PWTC tempoh hari.
PhD Mengejar Sebuah Harapan

Buku PhD "Mengejar Sebuah Harapan" ni aku beli masa Trip 1 pergi PWTC. Buku ini dalam bentuk soal jawab bagi mana-mana individu yang berminat buat PhD dan sangat sesuai untuk aku yang juga calon PhD ni. Aku memang akui segala persoalan dan masalah yang diutarakan dalam buku ini, memang aku pernah alami dan sedang alami.

Kuih Apam Sekolah Maahad dan Sekolah Bukan Penjara ~ Universiti Bukan Kilang

Buku-buku ini aku beli masa trip ke 3 ke PWTC. Kali ini aku memang cari buku-buku yang lebih santai. Hari-hari baca buku ilmiah dan berat mestilah aku nak baca buku yang lebih ringan. Tapi aku tak layan novel jer... hahaha Aku cukup tertarik dan sangat seronok dengan cerita "Kuih Apam Sekolah Maahad" ni... Pengalaman cerita penulis semasa di asrama SMKA Maahad Muar. Aku rasa mana-mana asrama kat Malaysia ini ada cerita masing-masing. Buku ni memang mengamit memori dan kenangan silam masa jadi budak sekolah. Aku kira penulis ni memang seorang yang NAKAL. hehehee rugi siapa tak dapat baca buku comel ni.

Cerita sikit memori aku masa zaman asrama dulu (^^,)
Aku pun dulu pernah sekolah asrama di Sek. Agama Men. Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, nama asalnya kalau tak salah aku, Maahad Ad-Diniyyah, tu nama zaman 1970-1980an rasanya. Aku sekolah situ masa form 4 - 5. Sebelum tu sekolah agama harian biasa. Aku masa kat SAMT ni, ada macam tak ada je aku kira, sebab bukan budak bagus atau cemerlang pun. Biasalah budak selalu dapat nombor corot dalam kelas kan. Dahlah ambil kelas sains tulen + agama, tapi bebal tak ingat rasanya masa tu. Entahlah, aku memang banyak tertinggal kelas, sebab awal tingkatan 4 aku cuti panjang sebab kemalangan motor.

Disebabkan selalu dapat corot dan berderet subjek merah bila periksa. Jadi aku tiba-tiba macam nak jadi JAHAT kejap. Aku kira ini je kerja paling jahat aku buat sepanjang duduk asrama tu.

1) Pecah masuk makmal sains waktu siang pula tu. Makmal sains sekolah tu bersambung 3 makmal, Biologi, Fizik dan Kimia. Aku masuk sebab nak betulkan jawapan periksa kertas Fizik aku ingat. Hahahaha gila tak?
Betulkan pun tetap gagal, cuma dapat naikkan markah jer... supaya bukan paling corot.
~ Aku masuk bukan seorang jer, tapi aku ingat dengan 2 kawan lain. Identiti dia aku tak boleh beritahu, tapi yang pasti salah seorang dah jadi Cikgu dan seorang lagi sama macam aku calon PhD juga.

2) Pecah masuk bilik guru waktu malam. Modesoperandi adalah sama iaitu untuk betulkan jawapan periksa. Kali ini lebih extreme sikit, sebab kena jadi Spideman. Bilik guru lelaki tingkat atas, semua tangga bangunan kena kunci, jadi terpaksa naik lalu dinding bangunan. Gila tak gilakan... kali ini aku naik dengan junior aku kalau tak salah, sekarang diorang pun masing-masing dah jadi Ustaz. 

Ok... jadi Jahat kejap sebab nak betulkan jawapan peperiksaan jer. hahahahaaa... Alhamdulillah keluar result SPM, aku lulus semua subjek... tapi kali ini aku tak pecah masuk mana-mana rumah pemeriksa atau Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Cerita ini dah berlalu 13 tahun lepas... kenangan jer... Minta maaf pihak sekolah (^^o)

"Nakal tak semestinya Jahat".

Sekian - blog ini ditulis semasa dalam kuliah waktu petang... Aku memang gagal sikit nak fokus bila kelas waktu petang ni... hahahahhaaaa tapi online boleh pula kan....