Selasa, 7 Ogos 2012

BERKORBAN DEMI ILMU

Entry ini nak berkongsi sedikit SEJARAH PENDIDIKAN aku yang tak seberapa ini.

Aku dilahirkan dalam keluarga kampung yang agak terletak di pedalaman daerah Sabak Bernam, Bapa aku seorang pekebun kecil kelapa sawit, mak pula bekerja sebagai guru di SRA - JAIS dengan title Ustazah. Kehidupan keluarga aku bersederhana sahaja. Banyak perkara dalam hidup di kampung yang menjadi Motivasi untuk aku mengubah diri aku dari budak kampung untuk menjadi seorang yang "something deference".

Pendidikan awal aku bermula
1988 - 1989 : TABIKA Belia 2 - Sebelah Balai raya kampung aku jer... Mula kenal huruf, mengeja, membaca, menulis, melukis dan lain-lain.
1990 - 1995 : Pendidikan Kebangsaan - Darjah 1 - 6 di SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI JAYA. Jarak dari rumah dengan sekolah kira-kira 8 kilometer... pagi-pagi kena lalu jalan yang gelap gelita dan sunyi, kiri kanan masa tu belukar lagi...
1990 - 1995 : Pendidikan Agama di SEKOLAH AGAMA RENDAH  BINJAI JAYA (Nama lamanya Binjai Patah). Sekolah tempat mak aku mengajar... jadi orang kenal aku as anak Ustazah Zubaidah...
Tahun 1995 ada dua peperiksaan besar iaitu UPSR & SPRA, aku ni bukan budak target pun, biasa-biasa jer...  keputusan Alhamdulillah sangat memuaskan, kira tak bazirlah sekolah selama 6 tahunkan.. hehehe

ALAM MENENGAH
1996 - 1998 : Menengah Rendah di  SEKOLAH AGAMA  MENENGAH BAGAN TERAP. Jarak dari rumah kira-kira 18 kilometer - ulang alik dari rumah (Sekolah ni aku yang pilih sendiri, walaupun ada orang tanya, kenapa tak minta sekolah lain?)... Bagi aku sama jer... yang penting sekolah tu aliran agama. Bila dah masuk sekolah menengah, minda pun dah mula terbuka, banyak benda baik dan buruk aku belajar. Aku mula belajar erti persaingan dalam AKADEMIK. Setiap kali exam aku mesti berada dalam 5 terbaik keseluruhan, dan paling kurang ada 1 mata pelajaran terbaik. Nak dapat no.1 tu memang mimpilah, sebab classmate aku tu sangat Pandai dan Bijak. Aku sangat respek dengan kecemerlangan dia. Tahun 1998 ambil PMR, Alhamdulillah dapat keputusan yang agak memuaskan, untuk rekod aku No.2 terbaik PMR 1998 sekolah tu.


1999 - 2000 : Menengah Atas di SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH. Aku pindah sini sebab dapat tawaran aliran sains. Sekolah ini agak gah bagi aku masa tu. Mula masuk sekolah ini jer, seingat aku, masa cuti bulan Februari 1999 (Form 4), kat kampung aku kemalangan jalan raya, teruk tak teruk juga lah... dekat 1 bulan tak pergi sekolah dan selalu tak datang sekolah. Memang tekanan juga, sebab aku ketinggalan banyak pelajaran. Fokus aku untuk belajar pun agak down dah masa tu... apa lagi nak belajar benda susah. Rekod buruk akademik aku mula terlakar, sentiasa dapat tempat tercorot dalam kelas. Berderet subjek gagal... hmmmmppphhhh... serius aku sebenarnya sangat tertekan masa tu...

1999 - SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) Peperiksaan semua subjek dalam Bahasa Arab. Walaupun dalam keadaan tertekan dan kadang diperli serta dapat ejekan kerana pencapaian aku yang agak teruk, aku tabahkan hati juga. Alhamdulillah keputusan SMA Lulus. Seingat aku masa tu ada 27 orang gagal. Masa aku ambil result SMA tu, aku pun tak sangka aku lulus bukan sekadar cukup makan jer... Tapi aku sedikit rasa terkilan sebab masa aku ambil result tu. Ustazah yang bagi keputusan tu boleh cakap "Ehhh awak boleh lulus?". Gembira dan sedih dalam hati ALLAH sahaja yang tahu... Ustazah ni mesti target aku gagal.

2000 - SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Terus terang dalam hati dan perasaan aku memang tak mengharapkan apa-apa dari SPM ni, cuba yang terbaik jer... Masa prep selalu kena kutuk, perli sebab ada classmate aku ni yang entah ada busuk hati apa ntah... tau lah aku selalu dapat corot dalam kelas, tapi tak perlulah nak ejek-ejek aku. SPM ambil 11 subjek - SAINS TULEN + AGAMA. Masa jawab SPM aku memang agak tertekan dan tak mengharapkan something dari result aku. Masa jawab exam tu, aku harap dapat sambung Form 6 jer.
Keluar result SPM, aku pergi tanpa apa-apa harapan. Alhamdulillah semua subjek SAINS TULEN aku lulus. Aku sendiri pun terkejut, sebab masa tengok senarai tampal keseluruhan ada ramai yang gagal subjek SAINS TULEN ni. Aku tak minta mana-mana Program Diploma atau Matrikusasi pun lepas SPM tu... borang dah beli, tapi aku tak hantar pun.

2001 -2002 : FORM 6 - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU AZIZ. Aku buat permohonan di PPD dan Pejabat Pelajaran Negeri untuk masuk sekolah Kementerian, sebelum ni Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Aku pilih aliran kemanusiaan, walaupun ada pilihan aliran sains, aku tak nak mengulangi kesilapan lalu (^^,). Siap aku diberi pilihan untuk sekolah mana lagi, jadi aku pilik SMKUA. Masa mula daftar di sekolah, Cikgu tu plak tanya... awak nak kelas mana? nak ambil subjek apa? aku jawab, bagi kelas paling hujung sekali... hahahahaaaa lagi pelik cikgu tu... kenapa tak nak ambil kelas depan?... tak apalah cikgu (^^,)

Misi dan matlamat aku ambil SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA ini adalah untuk menebus balik kegagalan aku masa SPM dan mengejar cita-cita aku untuk ke MENARA GADING.
Subjek wajib ambil STPM adalah 4 Subjek, tapi boleh ambil 1 lagi subjek. Bila dah sampai tahap form 6 ni, pemikiran dan keputusan pun lebih matang, jadi aku pilih subjek yang kebolehpasaran untuk dikira dalam syarat permohonan Degree nanti. Maka aku pilih Geografi. Subjek ni aku belajar sendiri jer... kadang ada juga tuisyen berbayar dengan cikgu sekolah ni. Geografi ini ditawarkan di kelas no 2 aku ingat.
Alhamdulillah, keluar result STPM, aku dapat 5 Principal... Memang aku target 5P pun... yeahhhhh... ada 2 orang je rasanya sekolah tu dapat 5P termasuk aku... heheheeee senyum lebar masa tu.
Cikgu yang ajar Geografi terkejut, jumpa aku dan kata Tahniah, tak masuk kelas saya pun awak lulus, budak lain belajar 2 tahun pun gagal. (^^,)

2003 : UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, Skudai Johor.
Alhamdulillah aku dapat tawaran peringkat Ijazah bawah aliran Sains Ikhtisas. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (PENGURUSAN HARTA TANAH). Walaupun bukan pilihan utama aku untuk buat kursus ini, aku kira mungkin ada hikmahnya aku dapat kursus ni... Sebenarnya aku lebih cenderung kepada bidang Sains Sosial. Masa mula study dulu, aku mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan kursus yang aku tak berapa minat ni... Alhamdulillah, walaupun tak dapat cemerlang, aku dapat menghabiskan pengajian aku selama 4 tahun di UTM ni... Walaupun tak minat, tapi aku belajar sesuatu yang lebih bermakna, iaitu NILAI ILMU.
Tahun 2007, tamat belajar dan Konvokesyen Pertama aku, serius aku memang menangis masa kat Istiadat Konvokesyen tu, sebab aku sendiri tak percaya aku boleh cipta satu kejayaan hingga tahap ini. Alhamdulillah syukur sangat.


2007 - 2009 : Kerja

2009 : UNIVERSITI MALAYA, Kuala Lumpur - IJAZAH SARJANA PENGAJIAN MELAYU.
Mungkin agak pelik, dari pemegang Ijazah Sains pergi ke Pengajian Melayu. Permohonan ini bersyarat kena ada pengalaman kerja 2 tahun baru dapat tukar bidang. Dapat juga aku belajar dibidang Sains Sosial. Peringkat Master ini agak santai sikit, tapi kadang-kadang ada juga tekanan. Alhamdulliah dapat sempurnakan Ijazah Sarjana dengan jayanya.



2012 : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, Bangi - IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD)


Alhamdulillah sekarang aku masih bergelar pelajar diperingkat yang aku pun tak jangka aku mampu untuk berada di sini... Yeahhhhhh PhD sekarang. Aku buat di INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU (ATMA) di bawah bidang kajian ISLAM DAN SAINS SOSIAL.

InsyaAllah, aku sedaya upaya untuk menyempurnakan penyelidikan dan melengkapkan PhD aku paling awal tahun 2015 akan datang.

"SEMOGA SAYA ISTIQOMAH DALAM DUNIA KECINTAAN TERHADAP NILAI ILMU INI".

Dari anak kampung ke medan ilmu, dari minda kebanyakan ke minda ilmuwan - InsyaAllah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan